Pada minggu lepas aku sempat berkunjung ke Negeri Kelantan Darul Naim, Bandar Kota Baru sudah tidak asing lagi bagiku. Namun pada kali ini aku telah berkesempatan melihat seorang jejaka melelong pakaian dan kain tudung pada harga RM 2.00 sehelai.
Petah beceloteh menarik perhatian pengunjung pekan sehari sambil mengayakan kain tudung dikepalanya. Ramai dikalangan wanita berebut pakaian dan kain tudung yang dilelongnya. Aku mengakui betapa berkesannya ia menarik perhatian orang hadir ketempat lelongan beliau.
Berceloteh dan sambil melayan pelangan menyebabkan jejaka tersebut berpeluh-peluh dan terpaksa membuka kain tudung yang dipakainya. Bagi aku begitu sukar tugas beliau untuk mrnarik perhatian orang ramai supaya kain dan tudung yang dilelong dibeli orang ramai.
Aku teringat betapa satu Malaysia yang dibawa oleh PM Malaysia Ke 6 seperti gelagat jejaka yang aku lihat di Kota Bharu itu. Satu Malaysia dilelong kepada rakyat tidak ubah seperti jejaka kelantan yang telah melelong kain tudung.
Apakah kesungguhan pemimpin BN dapat menyakinkan rakyat tentang beberapa pendekatan yang cuba dibawa untuk menawan hati rakyat. Kini kerajaan BN mempunyai masa lebih kurang tiga setengah tahun lagi menjelang PRU ke 13 bagi menentukan lelongan-lelongan yang dibuat mendapat sambutan rakyat atau tidak.
Bagi menilai sambutan jangka pendek, dua pilihanraya kecil yang telah berlalu iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau telah memberi petunjuk nagatif bagi BN. PRK DUN Penanti dan Manik Urai akan mengukuhkan penilaian masyarakat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najid Tun Razak. Sama-samalah kita lihat nanti.
.mns..