Pada hari ini, lebih kurang jam 6.15 petang 25.2.2009 pertama kali aku mendengar sebuah lagu baru berkumandang di TV 1 tentang lima prinsip rukun negara. Aku tak pasti tajuk sebenar lagu itu.
Satelah pembentukkan rukun negara pada 31.8.1970, kini tiba-tiba ia menjadi begitu penting. Kementerian Penerangan sedaya upaya untuk menjadikan lagu lima prinsip rukun negara mengungguli carta lagu popular di RTM. Lebih-lebih lagi menjelang PRK Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah.
Kemungkinan menyedari petanda rakyat malaysia telah lama hilang penghayatan terhadap rukun negara yang telah dibentuk tiga puluh lapan tahun yang lalu. Satelah kita berusaha menjadi negara maju menjelang 2020 dan telah dapat menikmati sedikit kejayaan kita telah lupa diri.
Kita perhatikan sedikit kesan kepada 5 rukun negara berkenaan:
Pertama.
Kepercayaan kepada Tuhan, kita tak pertikaikan kepada bukan muslim
namun bagi sebahagian umat islam telah longgar keyakinan terhadap islam agama anutanya sendiri.
Kedua.
Kesetiaan kepada raja dan negara, bermula tahun 1993 dengan pindaan perlembagaan berkaitan imuniti raja-raja. Kisah natang di Terengganu berhubung perlantikan menteri besar Terengganu.
Ketiga.
Keluhuran Perlembagaan. Isu bahasa, kebebasan bersuara, tentang keadilan dan lain-lain.
Keempat.
Kedaulatan Undang-Undang. Pendakwaan terpilih yang di pertikaikan atau jelas memihak atau mengelirukan. Terdapat Suruhanjaya seperti disuruh-suruh.(SPR dan SPRM)
Kelima.
Kesopanan dan kesusilaan. Banyak perkara yang sungguh memalukan kita terutama tentang moral remaja, pembuangan bayi, samun dan rompat. kisah pembunuhan selalu terpapar di dada akhbar dan berita radio serta TV. Tambah mendukacitakan kita kerana ada orang yang sanggup meletupkan mayat mangsa yang telah dibunuh.
Kini rakyat akan dihiburkan dengan lagu popular lima prinsip rukun negara setidaknya sahingga selesai PRK Parlimen BKT Gantang dan DUN Bkt Selambau.
Jika lagu ini menjadi sebahagian nadi kepada sumbangan kemenangan BN dalam PRK nanti mungkin ia akan terus popular sahinggan PRU ke 13 nanti.
sama-samalah kita lihat perkembanganya nanti.
.mns..
wa wa wau…. bab lagu lagu ni aku memang suke.
Teringat masa memula masuk sekolah darjah satu.
Cikgu ajar nyanyi satu lagu. lirik dia masih aku ingat lebih kurang macam ni.
Buai laju laju sampai pokok sena..
Apa dalam baju sekuntum bunga cina….
hihihi itu je pun yang aku ingat.
Cikgu ajar masa sebut “dalam baju” tu murid2 semua tunjuk kat dada sebelah kiri.
Almaklum masa bebudak apa kite reti. Suruh nyanyi kita nyanyi lah. Tapi bila dah dewasa ni banyak pulak yang bermain difikiran.
Takpayah nak cerita panjang panjang kita ambil kesimpulan je.
Aroma bunga cina yang disimpan didalam baju telah meresap kedalam dada masuk dalam hati mengeluarkan rasa…..
rasa bunga cina…..
Itulah peranan lagu….
Yang mencipta punya maksud tersendiri…
Yang menyanyikan bermaksudkan lain….
Yang mengarah supaya dinyanyikan punya maksud lain…..
Yang mendengar menerima dengan maksud lain….
Hanya yang faham dan mengerti mampu menghayati.
By: Padung Indra on 8 Mac 2009
at 7:58 pm