Terharu sungguh hati ini bila mengenangkan mantan PM kelima yang kini telah dipinggirkan. Tiada lagi pujian yang selalu diterima sebelum ini dan perhatian istimewa bila telah menerima pengiktirafan sebagai mantan PM.
Apakah nasib yang bakal dilalui Pak Lah dengan kekal menduduki kerusi ahli parlimen biasa dengan dikelilingi mereka yang dulunya memberi perhatian utama kepadanya dan kini telah merubah perhatian kepada orang lain iaitu PM yang baru.
Banyak persoalan yang mungkin akan timbul nanti yang sukar kita duga, tetapi itulah kenyataannya. Pak Lah yang melepaskan jawatan PM dan masih menjadi ahli perlimen biasa mengundang terlalu banyak rasiko akan dimalukan secara langsung atau tidak langsung di parlimen dalam waktu yang panjang sahinggalah parlimen dibubarkan nanti.
Mari kita renungkan, seandainya berlaku sebarang perubahan atau usaha mempertikaikan dasar atau kegagalan pendekatan yang dibawa semasa Pah Lah menerajui kepimpinan umno (Baru) dan BN terpaksalah diikuti atau ditelan pahit olih Pak Lah. Keadaan ini menyebabkan Pak Lah terdedah untuk dimalukan. Apakah Pak Lah bersedia menerimanya?
Ketika tuntutan peralihan kuasa dahulu tidak difikirkan apakah akan terjadi terhadap Pak Lah yang terpaksa dikekalkan sebagai ahli parlimen biasa. Demi maruah mantan PM kelima keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Sebagai simpati terhadap Pak Lah selaku mantan Pm kelima Malaysia, adalah lebih selesa dan bermaruah serta menutup ruang untuk tidak dimalukan dengan terus bersara dari politik. Tindakan yang patut diambil ialah dengan mengosongkan kerusi parlimen yang diwakilinya serta memberi ruang kepada PRK parlimen diadakan.
Kini terserah kepada Pak Lah sendiri membuat keputusan demi maruah diri sebagai mantan PM. Sama-sama kita tunggu dan lihat seterus nasib yang bakal dilaluinya jika beliau kekal di parlimen.
.mns..
Komen Terbaru