Menjelang akhir tahun 2008 ini rupa-rupanya sudah dua puluh tahun aku berumahtangga. Sepanjang tempuh itu beberapa pengalaman yang aku lalui bolih dikongsi bersama, paling tidak kita berpeluang mengimbas kembali peristiwa yang pernah kita lalui. Tiga kejadian yang telah aku lalui …
Pertama, pada Nov.1987 aku telah menerima ceret eletrik sebagai salah satu hadiah perkahwinan. Jenama ceret berkenaan tak perlu ku sebutkan. Terdapat cop sirim pada ceret berkenaan sebagai tanda kualiti barang berkenaan. Apabila digunakan, lain pula ceritanya. Semasa mengunakannya ketika air mendidih rod heater tercabut dan air keluar. Usaha-usaha membaikinya gagal dan tempat yang sesuai baginya adalah tong sampah. Apakah status cop sirim pada ceret itu ?.
Kedua, pada Mei.2002 aku telah membeli sebuah kereta proton wira baru. Pada musim hujan keretaku mengalami basah karpet belakang, ketika itu aku menyankakan mungkin air tertumpah disebabkan anakku. Rupa-rupanya sangkaan aku tidak tepat, setiap kali keretaku melalui air ketika hujan karpet itu juga basah. Jawapan yang aku temui adalah keretaku dimasuki air menyebabkan karpet basah setiap kali musim hujan. Itulah kereta nasional kebanggaan kita….
Ketiga, pada 2007 aku kebetulan masuk kesebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah.( Bandar dan pasar raya berkenaan tak perlu disebutkan ).Walaupun pada awalnya hanya untuk jalan-jalan tapi aku tertarik tawaran harga yang ditawarkan pada ext.wire plug bagi lima point. Disebabkan hanya itu sahaja yang aku ambil maka aku ingat harganya.
Ketika aku ingin membayarnya, ketika discan harganya lain pula. Aku maklum pada juruwang, harga itu tak betul. Seorang pembantu diarah mempastikan harga barang itu dan aku mengikurinya, aku menunjukkan tanda harganya. Di kaunter disahkan harga yang aku sebut itu betul, bayangkanlah beza harganya adalah hampir enam ringgit.
Seandainya aku membeli banyak barang tentu takkan perasan kejadian ini. Aku mula terfikir selama ini kita menolak troly hanya membayar sahaja tampa melihat semula senarai barang yang di beli dan harganya..
Semoga dapat sedikit peringatan supaya kita lebih berhati-hati, jangan menerima nasib yang sama yang pernah terjadi pada ku itu. . Malaysia oh tanahairku….
.mns..
Komen Terbaru