Posted by: pakupayung58 | 22 April 2010

Calon BN PRU Ke 13 bagi P94 Hulu Selangor tetap calon MIC?

PRK P94 Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25.4.2010 telah menyaksikan UMNO (Baru) Hulu Selangor telah tewas dalam usaha meletakkan calonya pada PRK berkenaan.Semangat yang berkobar-kobar dalam perjuangan singkat berkenaan telah terkubur dengan P.Kamalanadhan dinobatkan sebagai calon MIC mewakili BN. Berderailah air mata pejuang-pejuangnya menghadapi kenyataan tersebut.

Pada pertembungan pusingan pertama diantara UMNO ( Baru ) dan MIC dalam usaha meletakkan calon mewakili BN telah dikuasai oleh MIC. Pada hari penamaan calon empat nama telah disenarai calon yang bakal bertanding merebut kerusi P 94 Parlimen Hulu Selangor. Calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim dan Calon BN P.Kamalanadhan kelihatan tersenyum bergambar, namun dua calon bebas Johan Mohd Diah dan Chandran agak sukar digambarkan situasinya.

Tok-tok dalang telah memulakan wayang kulitnya dengan pengumuman Chandran menarik diri dari bertanding dan diikuti Johan Mohd Diah menarik diri. Kini pertembungan
satu lawan satu diantara calon PKR dan BN. Pak-pak Kadok UMNO ( Baru ) mula mengatur strategi bagi menyerang lawan. Melontar botol arak keudara malangnya terhempas kekepala sendiri dan lebeh malang sejarah semua PM Malaysia turut dikaitkan dengan botol,kecuali Pak Lah. Tidak terkecuali, lain lain menteri turut terpalit.

Arak memang memabukkan namun pak kaduk UMNO ( Baru ) yang tak minum pun mabuk angkara PRK P94 ini. Pak-pak Kaduk UMNO ( Baru ) dan tok dalang wayang kulitnya akan terus bekarya menjelang tarikh pembuangan undi pada 25.4.2010.
Namun Pak Kadok UMNO ( Baru ) dan Tok Dalang wayang kulitnya terlupa jika PRK P 94 Hulu Selangor ini dimenangi BN, wakil MIC P. Kamalanadhan menjadi ahli parlimen, Pak kadok akan tewas seterusnya pada PRU ke 13 nanti untuk melihat calon UMNO (Baru) bertanding.

JIka calon BN P. Kamalanadhan tewas, harapan untuk melihat calon UMNO ( Baru ) diletakkan bertanding pada PRU ke 13 nanti mungkin menjadi perhatian Najid. Jika tidak mahu menjadi Pak Kadok berterusan, UMNO (Baru) Hulu Selangor perlu bekerja keras bagi mempastikan calon BN dari MIC ini tewas PRK ini. Fikirkanlah wahai Pak Kadok dan Tok Dalang UMNO ( Baru ).

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 15 Januari 2010

Program UMNO Juara Rakyat, Mahyudin dipuji.

Program UMNO Juara Rakyat yang telah dilancarkan baru-baru ini dan disiarkan secara langsung di TV telah memberi ruang terbaik kepada barisan pimpinan BN sama-sama hadir bagi menjayakan perlancaran program berkenaan yang disempurnakan perasmiannya olih Perdana Menteri.

Apa yang dapat dilihat di dalam majlis berkenaan PM dan TPM hadir bersama isteri masing-masing. Kini mula kedengaran suara-suara yang mula memberi pandangan dan penilaian bagi keterampilan kedua pimpinan UMNO (Baru) ini. Terdapat suara-suara nakal yang memuji kewibawaan Mahyudin sebagai TPM. Apakah penampilan isteri Mahyudin telah dapat memberi kelebihan kepadanya mencuri tumpuan rakyat pada majlis tersebut.

Bertitik tolak dari program ini ada diantara individu yang berani berbicara lebih jauh lagi dengan menyentuh kerusi presiden UMNO (Baru) dan Perdana Menteri. Sebagaimana yang telah dinyatakan program UMNO (Baru) juara rakyat akan diadakan semua Bahagian, kini kerisauan mula terasa dengan program UMNO (Baru) juara rakyat siapa pimpinan UMNO (Baru) pula yang akan tewas.

Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 26 Mei 2009

Satu Malaysia dilelong bagai kain tudung

Pada minggu lepas aku sempat berkunjung ke Negeri Kelantan Darul Naim, Bandar Kota Baru sudah tidak asing lagi bagiku. Namun pada kali ini aku telah berkesempatan melihat seorang jejaka melelong pakaian dan kain tudung pada harga RM 2.00 sehelai.

Petah beceloteh menarik perhatian pengunjung pekan sehari sambil mengayakan kain tudung dikepalanya. Ramai dikalangan wanita berebut pakaian dan kain tudung yang dilelongnya. Aku mengakui betapa berkesannya ia menarik perhatian orang hadir ketempat lelongan beliau.

Berceloteh dan sambil melayan pelangan menyebabkan jejaka tersebut berpeluh-peluh dan terpaksa membuka kain tudung yang dipakainya. Bagi aku begitu sukar tugas beliau untuk mrnarik perhatian orang ramai supaya kain dan tudung yang dilelong dibeli orang ramai.

Aku teringat betapa satu Malaysia yang dibawa oleh PM Malaysia Ke 6 seperti gelagat jejaka yang aku lihat di Kota Bharu itu. Satu Malaysia dilelong kepada rakyat tidak ubah seperti jejaka kelantan yang telah melelong kain tudung.

Apakah kesungguhan pemimpin BN dapat menyakinkan rakyat tentang beberapa pendekatan yang cuba dibawa untuk menawan hati rakyat. Kini kerajaan BN mempunyai masa lebih kurang tiga setengah tahun lagi menjelang PRU ke 13 bagi menentukan lelongan-lelongan yang dibuat mendapat sambutan rakyat atau tidak.

Bagi menilai sambutan jangka pendek, dua pilihanraya kecil yang telah berlalu iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau telah memberi petunjuk nagatif bagi BN. PRK DUN Penanti dan Manik Urai akan mengukuhkan penilaian masyarakat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najid Tun Razak. Sama-samalah kita lihat nanti.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 27 April 2009

2009, UMNO (Baru) kekal sengsara.

Pada hujung minggu begini seronok juga sembang-sembang kosong dengan suasana politik negara yang terus berkecamok tak tentu arah. Mungkin inilah ketentuan yang terpaksa ditanggung kerajaan BN yang masih bertahan memerintah Malaysia.

Kemelut politik Perak belum berakhir, Isu siapa MB yang sah belum selesai namun zamry menunjukkan kuasa tadbir beliau dengan melelong Toyota Camry yang dibeli kerajaan negeri Perak ketika Dato’ Sri Nizar melaksanakan tanggung jawabnya sebelum krisis diperak berlaku.

Rakyat mula menilai niat dan kepimpinan Zamri diatas tindakan beliau melelong Toyota Camry dan mengantikan dengan proton perdana. Ada yang menyatakan tindakan itu adalah tindakan yang tak cerdik. Bagi aku itu yang mampu dibuatnya sahaja dalam kegawatan politik di Perak.

Di Terengganu pula satu episod yang sukar diselesaikan bagi UMNO (Baru) Terengganu. Api di dalam sekam sukar dipadamkan, itulah gambaran yang bolih diberi terhadap MB Terengganu yang menghadapi protes dari ADUN BN sendiri. Apakah dengan pengerusi perhubungan UMNO (Baru) negeri yang dilantik mampu menangani keadaan ini ?

Ketentuan PRK samaada DUN atau parlimen cukup meyeramkan bagi kepimpinan PM ke 6 Najid Razak. Kenapa ditakdirkan ianya datang berturut-turut bermula PRK Parlimen Permatang Pauh, PRK Parlimen Kuala Terengganu, PRK Parlimen Bukit Gantang DUN Bkt. Selambau dan Batang Ai.

Buat setakat ini PR tersenyum puas dengan keputusan PRK yang telah didadapi kecuali Batang Ai yang dimenangi BN. Debaran kini menunggu keputusan SPR bagi menentukan tarikh PRK DUN Penanti yang berada di dalam parlimen Permatang Pauh. Ini igauan buruk buat BN.

Krisis perlantikan kabinet baru Najib Razak dan kemasukan semula Tun Mahathir serta tanggapan penglibatan beliau terlibat mempengaruhi Najib dan menyebabkan ada individu yang mula tidak selesa dengan keadaan ini.

Satu perkara yang bakal menghimpit UMNO (Baru) kesan daripada kehadiran kelab penyokong PAS yang melahirkan keyakinan terhadap islam yang dibawa olih PAS. Kini orang bukan islam telah mula berani melanggar tembok pemisah yang sekian lama sengaja dibentuk.

Semalam aku ke Parlimen Pekan dan sempat bertanya dengan seorang wanita umno tentang harapan beliau terhadap kepimpinan Dato’ Sri Najib sebagai PM yang baru. Aku nyatakan kepadanya bahawa aku akan tulis didalam blog ini.

Hanya satu harapanya, agar aku menulis supaya Rosmah isteri Najib memakai tudung dan menutup aurat dengan betul. Sebagai wanita no.1 beliau kena tunjukan contoh yang baik. Aku hanya berkata InsyaAllah saya akan tuliskan.

Aku hanya menambah kepada beliau tentang isu tudung, sepanjang yang aku ingat tiada seorang pun mantan ketua/ketua pergerakan wanita umno/umno (baru) yang menutup aurat dengan betul dan ia kelihatan setuju dengan apa yang aku jelaskan.

Aku pun pelik dan hairan kenapa bila orang bukan islam yakin terhadap islam barulah orang islam yakin terhadap islam yang dianutinya. Kini terserah kepada umno menilai tindakannya selama ini terhadap hukum hudud dan qisas yang telah diluluskan olih Negeri Kelantan dan Terengganu.

Kita telah melalui empat bulan pertama bagi tahun 2009 ini, jelas kini 2009,umno (baru) kekal sengsara dengan PR dan juga masalah dalamannya sendiri.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 17 April 2009

Demi maruah mantan PM kelima

Terharu sungguh hati ini bila mengenangkan mantan PM kelima yang kini telah dipinggirkan. Tiada lagi pujian yang selalu diterima sebelum ini dan perhatian istimewa bila telah menerima pengiktirafan sebagai mantan PM.

Apakah nasib yang bakal dilalui Pak Lah dengan kekal menduduki kerusi ahli parlimen biasa dengan dikelilingi mereka yang dulunya memberi perhatian utama kepadanya dan kini telah merubah perhatian kepada orang lain iaitu PM yang baru.

Banyak persoalan yang mungkin akan timbul nanti yang sukar kita duga, tetapi itulah kenyataannya. Pak Lah yang melepaskan jawatan PM dan masih menjadi ahli perlimen biasa mengundang terlalu banyak rasiko akan dimalukan secara langsung atau tidak langsung di parlimen dalam waktu yang panjang sahinggalah parlimen dibubarkan nanti.

Mari kita renungkan, seandainya berlaku sebarang perubahan atau usaha mempertikaikan dasar atau kegagalan pendekatan yang dibawa semasa Pah Lah menerajui kepimpinan umno (Baru) dan BN terpaksalah diikuti atau ditelan pahit olih Pak Lah. Keadaan ini menyebabkan Pak Lah terdedah untuk dimalukan. Apakah Pak Lah bersedia menerimanya?

Ketika tuntutan peralihan kuasa dahulu tidak difikirkan apakah akan terjadi terhadap Pak Lah yang terpaksa dikekalkan sebagai ahli parlimen biasa. Demi maruah mantan PM kelima keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sebagai simpati terhadap Pak Lah selaku mantan Pm kelima Malaysia, adalah lebih selesa dan bermaruah serta menutup ruang untuk tidak dimalukan dengan terus bersara dari politik. Tindakan yang patut diambil ialah dengan mengosongkan kerusi parlimen yang diwakilinya serta memberi ruang kepada PRK parlimen diadakan.

Kini terserah kepada Pak Lah sendiri membuat keputusan demi maruah diri sebagai mantan PM. Sama-sama kita tunggu dan lihat seterus nasib yang bakal dilaluinya jika beliau kekal di parlimen.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 11 April 2009

Apakah Pak Lah tidak tersinggung ?

Selesai sudah perlantikan kabinet baru pertama di bawah era kepimpinan PM Malaysia ke 6, namun masih ada desas desus yang belum reda. Khairy sebagai Ketua Pemuda yang baru telah ketinggalan dari senarai kabinet yang disusun Najib. Kenapa Mahathir mengulas bahawa itu adalah positif ?

Pelbagai andaian telah dibuat terhadap penyusunan barisan kabinet baru ini dan siapa yang terlibat dan mengapa ia disusun sedemikian rupa. Kembalinya Tun Mahathir kepangkuan umno (Baru) satelah Pak Lah turun dari kerusi PM adalah satu tamparan kepada Pak Lah. Biarpun dilihat mereka berpegangan tangan dihari terakhir perhimpunan agung umno (Baru).

Kini satelah pak Lah melepaskan kuasa Perdana Menteri kepada Najib dan nasib malang mula menimpa Khairy menantu beliau. Apakah Pak Lah tidak tersinggung dengan apa yang terpaksa ditelan Khairy dengan dipinggirkan dari barisan kabinet baru yang dibentuk.

Sebagai tanda protes Mahathir terhadap Pak Lah beliau telah keluar umno (Baru) dan menyertai semula apabila Pak Lah melepaskan jawatan PM. Kini dengan perkembangan terbaru, apakah Pak Lah pula akan meninggalkan umno (Baru) selagi Mahathir bersama umno (Baru).

Jika Mahathir sanggup meninggalkan umno (Baru) yang ditubuhkan sendiri hasil perpecahan umno dahulu sewaktu umno diharamkan. Inilah saat yang paling sesuai Pak Lah tunjukkan kembali cara politik keluar umno jika tidak bersetuju dengan pemimpin parti yang telah diajar olih Mahathir.

Apa lagi yang hendak Pak Lah cari satelah menduduki kerusi PM dan dipaksa berundur secara paksarela ahlinya sendiri. Pak Lah akan dilihat lebih bermaruah dengan mengistiharkan keluar umno (Baru) tanda salam kepada Mahathir yang telah kembali mengisi borang menyertai umno(Baru).

Beginilah nasib malang yang terpaksa ditanggung Pak Lah mantan PM kelima Malaysia yang dimalukan olih partinya sendiri bila sudah hilang kuasa ditangan.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 24 Mac 2009

Dondang sayang, penghibur lara perhimpunan agung UMNO(BARU)

Pembaharuan dan pengukuhan yang akan diterapkan serta menyerap masalah dalaman UMNO (BARU) menjelang 24.3 hingga 28.3.2009 tarikh perhimpunan agung UMNO ( BARU) tidak dapat direalisasikan.

Kepedihan luka di hati Ali Rustam serta Norza sukar ditafsirkan yang dihalang bertanding jawatan Timb.Presiden dan MKT, namun yang jelasnya sekarang bagaimana usaha melumpuhkan jentera penerangan pakatan rakyat, tidak lain dan tidak bukan dengan mengantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan yang telah dikuatkuasa serta merta olih KDN.

Menjelang PRK P.Bkt Gantang dan DUN Bkt Selambau ini adalah peluang yang dilihat dapat mengekang Pakatan Rakyat memaparkan berita untuk rakyat bukan hanya tertumpu pada kawasan yang terlibat dengan PRK Sahaja.

Kita tidak dapat menduga apakah yang akan berlaku sepanjang minggu ini dan juga menjelang ketiga-tiga PRK pada 7 april nanti. Jika dilihat dari perkembangan sekarang memang ada asas terhadap kebimbangan sebahagian individu dengan peralihan kuasa yang akan berlaku dalam mencorak pentadbiran negara.

Terdapat kalangan rakyat yang tidak ceria menerima khabar akan menyambut kehadiran PM Malaysia yang ke Enam. Ini derita dan sengsara yang terpaksa dihadapi oleh UMNO (BARU) bagi menyakinkan rakyat dengan kepimpinan baru yang dibentuk.

Buat setakat ini apa yang dapat aku simpulkan lagu dondang sayang dari Melaka mungkin akan jadi penghibur lara sepanjang perhimpunan agung UMNO (BARU) nanti. Lain-lain lawak yang akan dipersembahkan nanti bergantung kepada perwakilan sendiri yang menjalankannya.

Tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku sepanjang perhimpunan agung UMNO (BARU) berlangsung…

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 11 Mac 2009

Polis cabul anak polis

Celaru, lagi mencelarukan. Harapkan polis untuk menjaga keselamatan tetapi bersama polis rupanya lagi tak selamat. Beginilah naib malang menimpa seorang gadis yang telah disamun dan cuba diselamatkan seorang anggota polis dan teman wanitanya, namun beliau dicabulnya serta ditinggalkan begitu sahaja.( ruj. Harian Metro.9 Mac.2009)

Sudah menjadi ketentuan Allah mereka yang menganiaya orang tak kan selamat apabila ia berjaya ditahan polis apabila mangsa telah berjaya mengingati nombor pendaftaran kereta yang dinaikinya.

Berkemungkinan besar suspek berkenaan amat terkejut apabila mangsa
beliau merupakan anak seorang anggota polis juga. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada gunanya.

Angkara perbuatan seorang anggota polis pada masa yang paling kritikal sekarang ini tentunya membuatkan KPN pening kepala. Malang yang dilalui mangsa telah berganda satelah menerima bantuan yang tak ikhlas dari anggota polis yang kononnya sedia berkhidmat.

Apa yang dapat kita harapkan pegawai penyiasat akan memberi cumbuan yang bersesuaian lagi mesra kepada suspek terlibat.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 9 Mac 2009

Celoteh Sabree,amar mungkar nahir makruf ?

Pagi ini aku berkesempatan menonton siaran lansung di TV sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Dataran Merdeka. Aku lihat sebahagian dari persembahan yang diadakan seakan janggal sahaja.

Salah satu persembahan nasyid yang berlatar belakang peserta/penari yang seakan lakonan hantu dalam filem cina yang terlompat-lompat. Mungkin aku tidak menilai dengan tepat keadaan demikian, aku mohon maaflah.

Aku paling terkesan dengan celoteh Sabree Yunos bersama rakannya, beliau tegaskan pada zaman Rasulullah Baginda melaksanakan konsep amar makruf nahir mungkar namun bagi kita sekarang seakan sebaliknya ia itu amar mungkar nahir makruf.

Nampaknya seakan selamba sahaja celoteh Sabree tu, namun bagi aku ia cukup memberi kiasan yang pedih bagi tiga menteri yang berada dipentas utama iaitu Pak Lah, Najib dan Zahid Hamidi.

Jika perhimpunan membantah PPSMI pada 7.3.2009 menarik perhatian Pak Lah dan tentunya celoteh Sabree itu turut menuntut perhatian yang sama. Seandainya Pak Lah telah kesuntukan masa, kini menjadi tanggung jawab Zahid Hamidi dan Najib merenung kembali apa yang disebut olih Sabree.

Tahniah kepada Sabree kerana telah melaksanakan tugas dakwah dengan secara tidak langsung walaupun kita mengenali beliau sebagai pelawak. Bagi mereka atau pemimpin yang tidak sensitif terhadap apa yang telah disebut olih Sabree Yunos itu akan bertindak seperti lembu kenyang sahaja.

Kita semua mempunyai tanggung jawab bersesuaian bagi melaksanakan amanah Allah dimuka bumi ini. Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat keredhaannya.

.mns..

Posted by: pakupayung58 | 7 Mac 2009

YB ADUN BN juga tidak setuju PPSMI

Pada hari ini 7.3.2009 semua mereka yang terlibat dalam perhimpunan bagi memansuhkan PPSMI terpaksa melalui ujian dan keperitan bagi melalui semula pengalaman berada dalam kabus gas pemedih mata dan semburan air yang cukup memeritkan dari water canon.

Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat juga YB ADUN BN dari kalangan pemuda UMNO (BARU) yang turut tidak bersetuju dengan PPSMI namun tidak berani melahirkan pandangan secara terbuka mungkin menjaga periuk nasinya.

Seandainya PPSMI dimansuhkan nanti mungkin beliaulah akan mengubah ayat-ayat manis memujuk rakyat bahawa beliaulah berada dikalangan para pejuang bahasa kononnya.

Inilah sikap buruk pemimpin yang kononnya berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Wahai pemimpin yang kononnya secara peribadi menentang PPSMI lihatlah betapa bersemangatnya rakyat yang terlibat menentang PPSMI menempuh rintangan polis dan FRU dengan penuh yakin dengan apa yang diperjuangkannya.

Bagi pimpinan UMNO (BARU) yang tidak bersetuju dengan PPSMI dan tidak berani melahirkan pandangan terbuka, jangan salahkan kami jika kami tafsirkan bahawa anda berada di dalam golongan yang tidak bertanggung jawab dan mengkhianati bahasa sendiri.

Kini betapa Pak Lah telah mengakui bantahan rakyat terhadap isu PPSMI ini, lihatlah selepas ini komen dari pemimpin BN yang bersedia melahirkan pandangan dengan lemah lembut dan penuh berhemah sebagai pejuang bahasa.

.mns..

Older Posts »

Kategori